Selamat Bulan Mei

Wah wah..memang sadis betul. Ni bukan tahap sawang lagi ni..blog ni harus di cat baru dah. Sememangnya agak busy lately ni. Sangat2nya. Lagipun belum sempat nak sign up utk broadband. Jadi kot ada masa barule dapat gi ke CC. kalo gi CC pun selalunya update dan balas2 emel je. Nak update blog dan jengah blog kengkawan pun tak sempat. Hopefully by next week dah setel metel segala benda2 berbangkit ni. Apa yek aktiviti sepangjang ketiadaan update ni?? Apa lagi, ngajor swimming la. Dan jugak actually last week baru je balik dari Penang, ada satu workshop yang chemot punyer MF geng organize kat sana. Jugak semakin mengactivatekan team netball chemot. Jadi kegiatan sosial agak banyak..hehe

Ikutkan, selain dari busy, takde banyak perkara2 best atau yg unexpected berlaku. Semua alhamdulillah, macam biasa. Walaupun kekadang agak penat, tapi semuanya hepi2 je. So chemot nak gi jejalan jengah blog orang la plak.


MF core group

Bersama instructor2 lain

Baca lagi......

Sapu-sapu sawang jap

Gi logon kat blog sendiri. Mang aii, last update 31 Mac haritu. Hari ni dah 17 haribulan. Lama giler tak update. Kesian blog ku ini.

Sekarang memang bz giler. Dengan nak pindah umah, dengan kelas swimming tiap2 hari, dengan nak wat thesis, dan bermacam-macam lagi. Balik je umah, tak sempat wat pe dah membuta. Tapi kalo tak membuta pon, dok wat thesis. Aiyoyo, tak nyempat nak update. Citer pun takde pe yang menarik sangat.

Oklah, sawang-sawang kat blog ni dah sapu..heheh. Bila la lagi nak update. Ni nak pindah, dah tak dok sekali dengan akak, harus beli broadband ni. Surfing kat tepi kolam..cantekkk

Baca lagi......

Sesungguhnya ambo terlupa

Terlalu busy sekarang. Kerja2 bertulis semua tak buat lagi, thesis tak siap, habisla, Jumaat nak antor.. Tadi dah lama tak jengah blog kengkawan, tadi gi jejalan kat blog SIs Lin sekali tgk entry pasal gathering MSJbox kat Melaka last week.

Ya ampun, lupa langsung2 la, maka idak la dapat menghantar kek sebagaimana yang dibagitau. Tapi tu kira mini gath kan? Jadi deal awal camana cite ye? Sis Lin, sori tak dapat nak pass pie le. Lupa sesangatnya. Ish ish.

Ok ok..thesis thesis thesis thesis..jumaat jumaat jumaat jumaat.Aiyak!!

Baca lagi......

Tersasar seketika

Sebenarnya kan, malam ni tujuan sebenar chemot online ni dari pukul 9.00 malam tadi ialah utk buat thesis. Tapi satu haram pun tak buat. Tesis di blog la gamaknye. Kehkeh. Baru jejalan cari pasal kat blog orang. Rasanya sejak dua tiga menjak ni makin kurang masa untk menjengah blog kengkawan. Emel sendiri pun jejarang bukak.

Jadi bila nak mula balik wat kerja ni???Jap lagila, lek lek aa. Ok, chemot just nak update ttg citer sambungan kepada post terdahulu iaitu Patutkah Kecewa??. Apa jadi kat meka-meka ni? Boleh dikatakan sekarang agak senyap sunyi, dan sebenarnya chemot pun tak berapa gemor nak masuk campur. Kalo tak pasal kesemua pihak yang terlibat tu chemot kenai, chemot pon cam malas je nak amik pot. Lagipun silap-silap haribulan, nama chemot sendiri yang naik kalo pape jadi. Kita bukan tau hati orang. Hatta kawan sendiri pun. Susah nak cakap kalo kes camni.Tapi, disebabkan si Y (bini) selalu jugakla text & meluahkan perasaan pada chemot dan mintak chemot tolong nasihatkan si A tu, kenalah masuk campur sikit sebanyak yang mampu.

Pada hari yg chemot teman Y jumpa A, chemot tak dok sekali. Biar depa setel sendiri. Dan Y dengan berhemahnya meminta A utk segera berundur.

A berundur tak? Malangnya tidak. Kenapa chemot tau? Si Y tunjuk itemised statement laki dia dan masih ada lagi calling2 antara meka berdua. So, kali ni, jangankan si Y tu pon bengkek, chemot pon sekali bengkek.

Isnin lepas, si Y jumpa lagi dengan A, kali ni dengan nada agak tegas, kalo si A tak blah jugak, Y akan repot kat mak bapak A dan juga kat lagi sorang..jeng jeng jeng. Sapa dia lagi sorang tu? Lagi sorang yg Y nak bagitau pasal hal ni ialah kepada TUNANG si A.

Yes, si A dah tunang dah. Terkejut?? Chemot lupa nak bagitau haritu. Dan Isnin tu jugak dalam pukul berapa tah chemot tgk dah berapa belas miss call kat tepon. Si A call chemot. Chemot call dia balik, nangis2 plak dia cakap takut kali parents and tunang dia tau. HAA... baru skarang ko nak pakai otak?? (Dalam hati jela)

Seperti biasa, standard punye nasihat, ko renti2kan la buat camni. Tak kesian ke kat si Y tu? Panas lak hati chemot bila dia kata dia tak janji boleh wat camtu, pasal ni dah kira tangkap cintan habis la ni.

Udahnya, chemot just cakap, nasib ko la. Chemot dah bagitau dari awal lagi. Dia tak ikut. Sapa suruh. Siap kata dia tak kisah kalo Y nak repot kat management opis, janji jgn bagitau family dan tunang dia. WTF??!! Pada saat A cakap camni, terus takde rasa nak sidekan kat dia. Dulu-dulu cam bagi can la lagi. Chemot just soh dia bayangkan, kalo si S ni boleh buat bini dia Y camni. Katala apa2 jadi kat rumahtangga dorang dan ada plak jodoh S dengan A, jangan terkejut la kot si S ni buat benda yang sama atau lebih lagi.

Last sekali, chemot lak yang panas hati dengan A dan terus letak tepon. Ni semua mengarut punye kerja. Pasal ni, chemot lak yang stress. Dengan masalah sendiri chemot tak stress,masalah orang lak leh stress.Dah tunang buat cara dah tunang, yang gatai gi bercinta dengan laki orang watpe. Laki member lak tu. Unacceptable betul. Mula2 tu rasa ok lagi, pasai ingat si A tu bolehla berundur..tapi bila dah camni dan berbagai lagi kisah yg tidak dipaparkan di sini jadi, ini memang cari nahas punye keje.

Yang si jantannye plak lagi cam apa...si Y nak bincang taknak, apa taknak semua taknak. Apa tah dia nak. ANAK?? Jangan jadi alasan, baru 4-5 tahun kawin. Belum ada rezeki. Dah check doktor, takde sapa yg problem, maknanya memang REZEKI belum ada. Lainla kalo cek kata si Y tu mandul ke apa. Si Y pun kata dah fed up. Tak kisahla apa nak jadi, jadila. Laki dia cam takde langsung inisiatif nak bawak bincang ke apa. Kalo tgh drive si Y tanya, dia buat dek. Kalo desak, nanti laki dia kata, "Nak saya langgar tembok ni ke?". Hangin tak hangin, macam si Y lak yang salah.

Chemot takleh nak tolong banyak, tapi chemot menyatakan sokongan kepada Y. I'm on her side now. Chemot soh dia pikir betul2. Chemot cadangkan kat Y, cakap dengan laki ko camni. Tak kisahla kalo laki dia dgn A tu nak kawin, samada dia ceraikan Y atau bermadu. Buat perjanjian, tiap2 bulan kena bagi nafkah kat Y sekurang2nya RM2,000. Buat hitam putih. Padan muka S, chemot tau mesti tak mampu (jika mengikut pendapatan sekarangla, si Y lagi tinggi gaji dari laki dia). Ko mampu bagi camtu, lantak ko la nak buat apa pon.

Sorryla, chemot ada banyak life experience sendiri pasal main kayu dua, tiga dan empat ni (dan lebih, chemot tak keep track dah) di kalangan orang-orang terdekat. Huh, kalo gini le gayanya, sangat2 tak bleh blah.

Cuma chemot membayangkan, kalo dah fed up. Kita buang dan campak saja benda yang buat kita fed up ni.


Aik, ni memang tersasar habis ni. Dah dah sambung buat kerja. Ish ish.

p/s: Hmm lately ni entry psl benda yg buat bengkek dan panas hati je.

Baca lagi......

PHd- Jangan bagi aku bengang

Huiyoo..lama tak online. Agak busy sikit. Dengan kelas dan bermacam2 lagi. Alhamdulillah, rezeki murah. Yang enrol masuk kelas pun ramai sampaikan, perlu passing kat orang dan kengkawan instructor yang lain. Banyak gak perkara menarik jadi dalam beberapa hari ni. Yang chemot nak post pasal citer orang berPHd.

Ini bukan citer Phd yang doktor falsafah tu. Tapi ni la kisah orang-orang kita yang ada Perasaan Hasad Dengki. Adalah sorang hamba Allah ni, chemot dah lama la gak kenai, tapi bukan la kenai as friend, lebih kepada selalu jumpa dia masa swimming. Selalu tgk dia ngajor budak, kira dia nih instructor la mamat ni. Oopps bukan.. mamat tapi rasanya lehla panggey Pakcik A.kahkah.

Kan sekarang chemot jadi instructor, kekadang adala ngajor kat tempat dia kerja. Memula ok, tetiba camana leh jadi asai chemot datang nak ngajor je, adala malaun-malaun kat kaunter tiket tu kata orang luaq takleh ngajor kat situ. Hello, itu public pool, pehal lak? Chemot make donno je la, sekali dah dua tiga kali. Chemot call la pengurusan public pool tu, dorang kata boleh je nak ngajor, janji bayarla duit masuk.

Tapi still lagi jadi camtu, dorang kata takleh ngajor, chemot cuma jawab ok je, tapi selama dek je la ngajor lagi. Tak makan saman punye worang. Chemot adalah member yg agak baik gak yg kerja kat public pool tu. Korek punye korek, upenye depa wat camtu pasal Pakcik A tu soh. Pakcik A tu kira senior lifeguard kat situ. Dia keja instructor tu pun kira cari duit samping-samping la. Kawan chemot si Abg N (sama lifeguard cam Pakcik A tu) ni kata buat donno je.

Chemot selama ni mmg la wat donno pon,haha, apahal, bukan chemot bawak sekampung belajor kat pool yang idakla berapa best sangat. Pakcik A yg dengki ngan chemot, pasai dia kata chemot ni cam potong line dia la. Sekat periuk nasik dia. HELLO!! Chemot cuma ajaq pompuan ja, dia tak penah lak chemot tgk ada pompuan belajaq dgn dia. Lagipun berapa ramaila orang kat Mesia ni. Kalo dia takde student, salah chemot ka, maknanya marketing dia tak bagus la. Bongok punye orang tua.

Yang lagi menyampah tu, dia dengki satu hal. Tapi idakle berani nak cakap dgn chemot, dia pass kat orang je. Orang suruhan dia adalah tukang cuci toilet pool, si S tu. Si S nila selalu sound chemot. Kekadang bebulu jek dengar, pasal kekadang dia cakap, "Awak tak paham ke, orang luar takleh ngajor sini". Bila S cakap chemot wat donno pasai tau bukan salah pon. Sekali ada lak satu hari dia soh kawan dia lak yg bagitau chemot. Chemot ingat kawan dia ni staf le, rupenye bukan staf. Dahle bukan staf, keje drebar je lak tu. Bukan la nak hina kerja apa, tapi pasai dah rupa gini, kekadang bengkek la gak. Oh ya, si S ni tak baik dengan Abg N, dah lama tak tegur. pasai tu dia pun turut sama bebulu pasai chemot ni baik dgn Abg N. Ni firasat chemot la ni.

Chemot diam je lagi. Lagipun chemot dah dapat satu pool yang skang kira chemot dah stat ngajor situ. Kat situ takde problem, so semua student chemot shift ke pool baru ni. Tapi...apahal nak blah cam gitu je kan? Tak syiokla itu macam.

Pada suatu hari,(hmm,sebenarnya jumaat lepas) chemot gi balik kat pool yang penuh dgn orang berPHd ni. Gaya cam nak datang ngajor. Siap bawak member, kunun dia student la. Chemot gi time kawan chemot si Abg N takde. Pasal kalo Abg N takde je dorang berani sound. As expected, kat kaunter takde orang. Chemot masuk, gi kat S. "Takde orang jaga kaunter ke?", bagi duit pun cam tak ikhlas.Dia tanya, "Datang nak ngajor ke? Kan dah kata sini orang luar takleh ngajar".

Chemot seperti biasa kata, "OK, betul ye takleh ngajor? Saya tanya management, dah call dah, cakap dengan En.A Z. Dia kata boleh je nak ngajor janji bayar. Ko sapa ye, leh tak bagi nama dengan jawatan ko apa? Aku nak bagitau En A Z yang ko kata takleh. En A Z bos korang kan? Dahtu, siapa haritu yang cakap dengan aku pakai baju oren tu? Tu staf luar kan? Sesuka hati lak orang luar nak sound orang cakap dia staf ye" Dia mcm kaget sikit, tapi chemot probe dia sampai dia bagi info, dan chemot pon salin. Pastu kami pun masuk, gi toilet. Lepas tu keluar balik gi kat kaunter. Chemot gi kat hala si S tadi.

"S, student aku complen la toilet kotor, cam dah berapa tahun tak basuh, tak selera nak tukar baju, soh gi pool lain. Ko kan yang keje cuci toilet kan? Baikla ko buat keje ko cuci toilet kasi bersih baru nak sound orang. Dahle toilet tak cuci. Baju tak pakai time keje, lagi isap rokok lak tu, dahtu korang dok lepak sini bawak orang luar, bwk awek time keje ingat aku tak nampak. Berjudi lagi. So jangan nak kecoh hal orang ye. Buat kerja ko dulu baru leh cite banyak."

Chemot rasa dia terkejut gila babeng..hahaha. Padan muka. Time nak keluar elok pulak Pakcik A tu tengah nak masuk kerja. Chemot tegur je macam biasa. " Hi, lambat masuk kerja hari ni? Takde kelas ke?", dia wat cam angguk2 je sambil mengabiskan rokok. Chemot gi je confront dgn dia "Bang, saya dengar abg ada masalah ke saya ngajor kat sini?" Memula dia cam ngaku tak ngaku, cam eksen. Lambat sangat nak jawab, chemot cakapla. "Takpela bang, saya baru ingat nak pass student saya yg banyak ni kat abg, tapi kat sini dah takleh ngajor lak, dan saya pun dah tukar base, saya rasa tak dapatla kot nak pass kat abang. Takde rezeki kot, Abg N pun kata nak gi pool sana nak tolong, so ok la dah ada instructor. Jumpa lagi, jgn lupa soh S cuci toilet kasi bersih, kang saya hantar surat komplen kang" Chemot pon blah je.

Pueh hati aku. Terkulat2 je muke dia. Mesti bengkek habis dia dgn chemot. Chemot pon bukan nak kurang ajar dgn orang tua. Tapi geramla. Memula chemot tak caya gak Pakcik A ni jeles dgn chemot, pasal kenai dia cam lama la gak, walaupun tidakle rapat dan dia ni jenis yang suka up-upkan diri dia. Cuma ye la dulu chemot datang swimming je, bebaru ni dah renew lesen baru ngajor balik. Abg N cakap soh chemot becareful sikit dengan Pakcik A ni pon tak berapa amik kisahla sangat. Yang wat chemot percaya ialah bila chemot tanya ada sorang staf ni, Chemot panggil dia Pak Y. Pak Y ni cam lurus bendul sikit. Cakap straight je, cam bebudakle, tak pandai bohong. Chemot tanya sikit2, pusing2 sikit gaya soalan, betul la apa yang Abg N cakap tu.

Ni la orang kita, tak sampai pon sebulan chemot ngajor kat pool tu dah ada orang jeles. Chemot bukan ngajor situ je, kat tempat lain, pool lain yang lebih grand dan besor pon tak kecoh.Ini pool yang takat berapa meter lak bising. Agaknya dia jeles, everytime chemot datang mesti bawak student lelain. Dia chemot tengok, student tu je.Kah kah. Chemot mmg ajor fokus pompuan je, kalo ada student laki pon, itu mesti dorang belajo husband & wife sekali. Tak terpikir ke dia kot ada yang tanya pasal ajor budak, chemot mungkin akan recommend kan dia. Pasal sekarang pon, kalo ada budak or lelaki yg nak belajar, memang chemot akan pass kat instructor2 lain yang mana chemot kenai dan baik.

Sekarang chemot dan 7 instructor lain (4 laki termasuk Abg N, 4 pompuan) dah gabung and buat kelab. Dah dapat pun contract dengan few tadika utk ajar. Sambil tu buat marketing cam biasa. Mesti bengkek je Pakcik A tu kalo tau. Tula, sapa soh awai2 nak dengkikan orang. Itu nasib baik chemot tak kutuk, "Hello, ko punye sijil ngajor tu bukan tinggi mana, lagi tinggi aku punye qualification. Patut ko tuh segan sikit dengan aku ni ha." Nasib la ingat dia tu orang tua.

Kes si S tu plak, mmg dia tu tak ngam langsung dengan Abg N, so bila chemot ngam dgn Abg N n kebetulan chemot ngajor situ, Pakcik A pun jeles dgn chemot, dia pon sekali la masuk kasi bakar line je. Kan dah chemot panggil dia tukang cuci toilet. Sapa soh bikin hangin sama gue. Chemot ni dahle kalo selagi amarah belum sampai mmg cam tak kisah sangat. Bila dah bengang dan rasa nak sakitkan ati orang, memang kekadang mulut ni macam apa je...hehehe.

Nasibla, sorila nak gi kat pool tu lagi. Cam best je.Kecoh je lebih.Ceh.

Baca lagi......

Post Terkini

Komen Terkini